Kami mewujudkan kursus ini untuk membantu masyarakat yang tinggal di kawasan perairan, melindungi diri mereka daripada kenaikan paras air permukaan laut dan cuaca buruk. Kami juga ingin menunjukkan kepada mereka cara memanfaatkan alam semula jadi untuk menjaga komuniti mereka agar tetap tenang dan tenteram seperti kehidupan di era terdahulu. Kami berharap ia akan mendorong komuniti tempatan yang tinggal di kawasan perairan untuk melakukan lebih banyak aktiviti pemuliharaan. Justeru, ini dapat membantu mereka sekiranya terdapat masalah berkaitan peningkatan paras air laut dan sebagainya di kawasan tempat tinggal mereka.

Kursus ini akan menyediakan semua garis panduan yang diperlukan untuk melaksanakan projek pemulihan hutan bakau berskala besar. Ia akan berkongsi prosedur dan metodologi untuk mendapatkan kredit karbon daripada badan yang diperakui. Berdasarkan pengalaman selama sepuluh tahun kami mengendalikan projek, kami telah belajar banyak tentang bagaimana untuk menjadikan kawasan pantai dan semua hidupan menjadi lebih baik dan juga membantu penduduk setempat yang kurang berkemampuan.

Akan datang