Kursus asas

Pengenalan:

Kursus ini diwujudkan untuk memberi manfaat kepada komuniti pantai. Kawasan paya bakau memainkan peranan penting dalam menstabilkan pantai daripada kenaikan paras laut. Ia juga melindungi nyawa dan harta benda daripada taufan dan cuaca ekstrem yang lain.

Di samping itu, ia mengurangkan sehingga 5 kali lebih banyak gas iklim CO2 daripada pokok daratan. Ia merupakan solusi yang ideal untuk komuniti tempatan melindungi alam sekitar. Jika anda mengikuti kursus ini, anda akan melakukan perubahan melalui inisiatif anda sendiri.

Peserta kursus ini:

Jika anda berminat dan baru sahaja ingin bermula membantu menyelamatkan kawasan paya bakau dan memerlukan lebih banyak pengalaman, kami menjemput peserta daripada pelbagai agensi iaitu NGO tempatan, kumpulan pencinta alam sekitar seperti guru sekolah dan kanak-kanak, dan organisasi pentadbiran tempatan yang lain untuk menyertai kursus kami.

Pembelajaran kursus:

Kursus ini mengandungi 9 modul yang merangkumi 46 silibus pembelajaran mudah. Kami menawarkan artikel untuk dibaca, video untuk ditonton, nota untuk ditulis, papan perbincangan untuk disertai dan permainan teka-teki untuk diselesaikan. Pelajar boleh belajar secara bebas, tetapi menyertai perbincangan akan membantu anda mengetahui lebih lanjut.

Ikuti modul kursus dan pelajaran pada rangka di bawah:-

Anda akan bermula dari halaman “Panduan belajar 1”. Setiap muka surat adalah pengajaran. Pergi ke pelajaran seterusnya dengan menekan butang “Lengkapkan Pelajaran.”

Modul 1 Pokok istimewa

Modul 2 Pemilihan tapak

Modul 3 Kenali kawasan

Modul 4 Pilih spesies yang betul

Modul 5 Penyediaan dan pengendalian benih/propagul

Modul 6 Penanaman secara semaian anak benih

Modul 7 Penanaman dengan menyemai benih secara terus

Modul 8 Penyelenggaraan ladang dan penanaman semula

Modul 9 Pemuliharaan dan kemampanan