Bagi ahli baru, pergi ke (Daftar) dan (Log masuk), kemudian IKUTI KURSUS.

Kata pengantar

Seperti yang anda faham, ini bukanlah seperti sebuah universiti kebanyakan yang mempunyai bangunan dan perpustakaan yang gah serta kursus akademik peringkat tinggi secara tradisi. Misi kami adalah untuk menyampaikan ilmu yang bernilai dan pengetahuan penting secara praktikal untuk menyelesaikan isu-isu asas yang wujud pada hari ini.

Bagi anda yang berminat dalam pemulihan paya bakau adalah sangat dialu-alukan. Kami adalah sumber pembelajaran terbuka untuk semua ahli komuniti yang berminat, kakitangan NGO dan organisasi pentadbiran tempatan, tanpa mengira latar belakang pendidikan anda.

Menyediakan pengetahuan asas dalam menangani isu secara semula jadi amat diperlukan untuk memulihkan kemusnahan yang berlaku ke atas jutaan hektar hutan pantai merangkumi lebih 100 buah negara.

Kemusnahan ini telah mengakibatkan pencemaran jutaan tan gas iklim yang mencemarkan atmosfera, ini menyebabkan kemarau melampau, banjir serta bencana alam yang lain yang meragut jutaan nyawa setiap tahun.
Berita gembira kerana anda boleh mengubah proses kemusnahan dengan menghidupkan hutan baharu.

Matlamat kami adalah menggerakkan komuniti. Misi kami adalah memperkasakan orang ramai untuk mengembalikan kemusnahan hutan paya bakau yang mati dan berbahaya.

Penyertaan oleh ribuan graduan akan memberikan HARAPAN kepada dunia di mana satu-satunya planet yang mempunyai hidupan di atmosfera.

Fokus kami adalah menangani isu perubahan iklim melalui proses yang mudah dan mampu dilakukan walau di mana sahaja anda berada. Kami mempunyai pakar profesional yang berpengalaman dan mempunyai kecemerlangan akademik yang unggul. Dengan menggunakan platform maya pendidikan jarak jauh, kami berharap dapat memperkasakan ramai orang agar menyertai kami dalam menangani isu perubahan iklim yang berkesan.